Sayu: Mayat seorang kanak-kanak lemas ditemui dengan keaadan yang sangat tragis.. Takziah dan Al fatihah Untuk keluarga dan mangsa

Mayat kanak-kanak lemas ditemui
AHMAD Aiman Safwa (gambar kecil) ditemui lemas pagi tadi, dilaporkan terjatuh ke dalam Sungai Langat dan dihanyutkan arus deras di Jalan Bunga Raya 3, Kampung Batu 9, Cheras malam tadi. - Foto ihsan Bomba
KAJANG: Kanak-kanak lelaki yang dilaporkan terjatuh ke dalam Sungai Langat dan dihanyutkan arus deras di Jalan Bunga Raya 3, Kampung Batu 9, Cheras malam tadi, ditemui lemas pagi tadi.
Anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui mayat Ahmad Aiman Safwa Mohamad, 10, pada jam 11.05 pagi selepas usaha pencarian dimulakan semula pada jam 7 pagi hari ini.
Kanak-kanak itu dilaporkan terjatuh ke dalam Sungai Langat kira-kira jam 5 petang dan usaha mencari digerakkan di sepanjang lebih tiga kilometer (km) sungai berkenaan.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dikerah ke lokasi sejurus menerima laporan kejadian pada jam 7.04 malam.
"Usaha mencari turut dibantu pasukan polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan penduduk kampung dengan menyusuri Sungai Langat.
MAYAT Ahmad Aiman Safwa ditemui kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi dilihat terjatuh.
"Kita turut mendapat bantuan Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA) dan Unit Pengesan sebelum usaha mencari dihentikan sementara tengah malam tadi dan disambung semula jam 7 pagi ini," katanya, hari ini.
Katanya, mayat mangsa ditemui kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi kanak-kanak itu dilihat terjatuh.

0 Response to "Sayu: Mayat seorang kanak-kanak lemas ditemui dengan keaadan yang sangat tragis.. Takziah dan Al fatihah Untuk keluarga dan mangsa"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close