Harga gula tidak naik, kenyataan yang memening dan merisaukan pengguna

Harga gula tidak naik
Kuala Lumpur: Tiada kenaikan harga gula pada masa ini biarpun ada permintaan daripada pengeluar komoditi itu untuk menaikkan harga bahan berkenaan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, belum ada kata putus mengenai perkara itu walaupun ia dibangkitkan sejak dua bulan lalu.
Menurutnya, penetapan harga bergantung kepada harga gula mentah di pasaran antarabangsa dengan kali terakhir dikaji kira-kira empat tahun lalu.
"Saya pun tidak tahu daripada mana viral mengatakan kita akan menaikkan harga gula pada 1 Disember ini. Memang ada permintaan, tetapi kita masih meneliti dan belum membuat sebarang keputusan," katanya di sini, hari ini.
Justeru beliau meminta orang ramai supaya tidak mempercayai viral di media sosial kerana apa juga keputusannya, ia mengambil kira kepentingan semua, termasuk pengeluar.

0 Response to "Harga gula tidak naik, kenyataan yang memening dan merisaukan pengguna"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close