Bas terbakar, pelancong China selamat

Bas terbakar, pelancong China selamat


Johor Bahru: Seramai 30 pelancong China berjaya menyelamatkan diri selepas bas persiaran dinaiki mereka terbakar dalam kejadian di Kilometer 99.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berdekatan Yong Peng, di sini, petang tadi.
Pegawai Bomba Kanan II, Ramli Said berkata, tiga anggota bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 5.06 petang.
"Setibanya pasukan bomba dan penyelamat di tempat kejadian didapati benar berlaku kebakaran sebuah bas jenis Nissan D8 dan terbakar 100 peratus.
"Pemandu dan 30 orang pelancong China berjaya menyelamatkan diri sebelum bas terbakar keseluruhannya," katanya.

0 Response to "Bas terbakar, pelancong China selamat"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close