Biar sampai habis nyawa

Biar sampai habis nyawa

Shah Alam: “Biar saya menjaga anak dan empat cucu sehingga ke hujung nyawa kerana mereka adalah tanggungjawab saya,” kata Che Yah Ismail, 61.
Nenek yang lebih dikenali sebagai Mak cik Che Yah menjadi viral dan perhatian netizen baru-baru ini, kerana mengutip tin dan botol bersama beberapa cucunya di sekitar Flat Alam Perdana, Puncak Alam, di sini.
Che Yah berkata, selepas kisahnya diketahui umum, ada individu prihatin yang datang menghulurkan bantuan seperti makanan dan barangan dapur kepada keluarganya.
“Saya sememangnya tidak tahu siapa yang merakam gambar saya ketika itu. Kebetulan cucu mahu makan aiskrim dan saya berusaha mencari wang dengan mengumpul tin kosong dalam tong sampah.
“Menerusi hasil jualan tin itu, saya belikan dia aiskrim berkenaan. Saya bukan jenis yang suka meminta, tetapi bersyukur apabila ada yang sudi menghulurkan bantuan,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

0 Response to "Biar sampai habis nyawa"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close