Ini PUNCA Ulat gonggok Menyerang Sebuah Kampung di Kedah. Kehadiran ulat ini menyebabkan ramai yang Tidak Senang Duduk Kerana Takut Menjadi Masalah Kulit


KU Othman Ku Jiwa, 55, menunjukkan dahan kayu yang dipenuhi ulat di Kampung Kuala Tebengau. - Foto Rahmat Othman
ALOR SETAR: Jabatan Kesihatan negeri tidak menolak kemungkinan ribuan ulat gonggok yang didakwa 'menyerang' kampung Kuala Tebengau, dekat Kuala Kedah, di sini, adalah larva kupu-kupu bakau yang habitatnya di kawasan pokok api-api.
Pengarah, Datuk Dr Norhizan Ismail, berkata ia berdasarkan siasatan dijalankan Unit Entomologi dan Pest negeri yang turut dibantu unit sama dari daerah Kota Setar.
Bagaimanapun, spesis sebenar larva itu dalam peringkat dikenal pasti pasukan Pegawai Entomologi.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati larva terbabit merayap di atas jalan, pokok dan kawasan sekitar kampung, selain turut ditemui di sepanjang 1.3 kilometer (km) kawasan yang mempunyai pokok api-api.
"Sebelum ini, kewujudan larva ini hanya ditemui pada pokok api-api di sepanjang tambak laut di Kampung Tebengau, namun apabila semua daun habis dimakan, kita percaya larva berkenaan bergerak ke jalan dan rumah berhampiran.
"Malah peningkatan jumlah larva itu dipercayai mempunyai kaitan dengan penebangan pokok di kawasan sekitar untuk persiapan majlis kenduri, yang kemungkinan mengakibatkan gangguan pada ekosistem larva terbabit yang kemudian bergerak mencari habitat baharu," katanya.
Semalam BH melaporkan ribuan ulat gonggok memenuhi kawasan kediaman di Kampung Tebengau sehingga menjejaskan penduduk.
Mengulas lanjut, Dr Norhizan berkata, setakat ini pihaknya belum menerima aduan mengenai masalah kulit daripada penduduk akibat terkena ulat berkenaan.
Penduduk dinasihatkan untuk mendapat rawatan awal di klinik kesihatan berhampiran sekiranya terdapat gejala seperti gatal, bengkak atau kemerahan apabila terkena larva itu.
Penggunaan semburan racun tidak perlu disebabkan kebanyakan larva adalah peringkat instar ke-4 yang akan bertukar menjadi pupa dan seterusnya menjadi kupu-kupu dewasa dalam masa terdekat.

0 Response to "Ini PUNCA Ulat gonggok Menyerang Sebuah Kampung di Kedah. Kehadiran ulat ini menyebabkan ramai yang Tidak Senang Duduk Kerana Takut Menjadi Masalah Kulit"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close