Akibat Dipertikai mara ke pentas akhir GV3.. Ini Komen Pedas Zarul Yang membuatkan Netizen Sentap..


ZARUL ketika melakukan persembahan menerusi lagu Hanya Kau Yang Mampu pada Konsert Separuh Akhir Gegar Vaganza di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam. - Foto Muhammad Sulaiman
KUALA LUMPUR : Penyanyi, Zarul Umbrella, 43, tidak kecil hati apabila ada pihak mempertikaikan keputusan penganjur menyenaraikannya sebagai finalis Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) selepas ditegur 'pancit' dalam segmen persembahan solo.
Bekas vokalis Umbrella itu mengakui, keadaan itu berpunca daripada kelalaiannya yang terlepas pandang tugasan lagu solo Hanya Kau Yang Mampu nyanyian Aizat Amdan disebabkan terlalu fokus terhadap dendangan duet bersama Marsha Milan.
"Saya mempunyai kelemahan sukar menyanyikan lagu duet. Malah saya disuruh pulang ketika sesi latihan bersama Datuk Ramli MS kerana gagal mencapai tahap dikehendaki. Disebabkan isu berkenaan saya memberikan fokus lebih kepada paduan suara bersama Marsha berjudul Salahkah.
"Saya mengakui ia silap sendiri dan menyedari komen 'pancit' yang dikatakan Tok Ram (Ramli MS) ketika menyampaikan lagu solo tadi. Namun teguran itu saya sematkan dalam hati sekali gus berjanji memberi sepenuh hati dan tenaga untuk malam finale nanti.
"Biarpun kemaraan saya ke pentas akhir GV3 dipertikaikan, saya menerima setiap komen dengan hati terbuka. Setiap individu berhak untuk bersuara serta meluahkan pendapat masing-masing," katanya kepada BH Online.
ZARUL berduet bersama Marsha pada persembahan menerusi lagu Salahkah pada Konsert Separuh Akhir Gegar Vaganza. - Foto Muhammad Sulaiman
Terdahulu, selain Zarul, lima peserta lain yang layak beraksi pada malam kemuncak GV3, 4 Disember depan ialah Azharina, Siti Sarah, Intan Sarafina, Ameng dan Gmie.
Pada pertandingan separuh akhir, minggu lalu, penguasaan Nora terhenti setakat itu selepas mendapat markah terendah dalam pertandingan yang diadili Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim serta juri jemputan, Puan Sri Tiara Jaquelina.
Nora mendendangkan lagu medley Sandiwara dan All I Ask serta duet bersama Aizat Amdan menerusi lagu berjudul Lagu Untukmu dendangan asal Meet Uncle Hussein.
Pertandingan akhir GV3 dijadualkan Ahad ini di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini dan disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria dan Astro Maya HD

0 Response to "Akibat Dipertikai mara ke pentas akhir GV3.. Ini Komen Pedas Zarul Yang membuatkan Netizen Sentap.."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close