Mengejutkan: Polis Bongkarkan Punca Kematian Timbalan Pengarah Kastam Sabah yang Mengejutkan orang ramai...

Timbalan Pengarah Kastam Sabah meninggal dunia
ALLAHYARHAM Yunus Tahir. - Foto Norasikin Daineh
KOTA KINABALU: Timbalan Pengarah Kastam Sabah, Yunus Tahir meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Kuala Lumpur, tengah hari tadi.
Allahyarham Yunus, 58, meninggal dunia pada jam 12.15 tengah hari akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan sering dimasukkan ke hospital sejak September lalu.
Adiknya, Salamah, 57, berkata jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kediamannya di Taman Selesa, Kepayan, dekat sini, malam ini.
Allahyarham yang berasal dari Tawau, meninggalkan tiga cahaya mata hasil perkahwinan dengan Jamilah Abdullah, 50. 
Difahamkan, jenazahnya akan tiba di Kota Kinabalu jam 8.30 malam ini sebelum dikebumikan esok di tanah perkuburan Kampung Ulu Putatan.

0 Response to "Mengejutkan: Polis Bongkarkan Punca Kematian Timbalan Pengarah Kastam Sabah yang Mengejutkan orang ramai..."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close