Taman Tasik Titiwangsa Ditutup 2 Tahun

[Dikemaskini] Taman Tasik Titiwangsa Ditutup 2 Tahun

Kuala lumpur, 23 Dis - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) akan menutup keseluruhan Taman Tasik Titiwangsa kepada orang awam selama dua tahun.
Menurut satu kenyataan, penutupan tersebut adalah bagi memberi laluan kepada projek River of Life (RoL) yang akan bermula pada Januari depan sehingga Disember 2018.
tambah kenyataan itu, pelaksanaan itu melibatkan kerja-kerja naik taraf keseluruhan taman demi kemudahan dankeselesaan pengunjung pada masa hadapan.
Katanya lagi, kontraktor yang dilantik akan memulakan kerja-kerja awal memasang papan penghadang bermula bulan hadapan.
Orang awam dinasihatkan untuk tidak mengunjungi taman tersebut bagi tujuan keselamatan sepanjang tempoh penutupan,” katanya.
Projek RoL atau dalam bahasa melayunya, Sungai Nadi Kehidupan, adalah bertujuan mengubah wajah Sungai Gombak dan Sungai Klang di tengah-tengah ibu kota sekaligus menjadikannya salah satu tarikan pelancongan.

0 Response to "Taman Tasik Titiwangsa Ditutup 2 Tahun"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close