Sombongnya Putera Raja Bergelar TMJ
TIADA tarikh dapat dikemukakan mengenai peranan Kerajaan Negeri dalam memberikan sokongan kewangan terhadap pasukan bola sepak negeri. Pastinya ia sudah lama.
Membaca kenyataan sarkastik Tengku Mahkota Johor (TMJ) mengenai bantuan kerajaan terhadap persatuan bola sepak negeri pada ketika ini sebagai berunsur pilihan raya sangat menjengkelkan.
TMJ barangkali menganggap setiap negeri sehebat Johor; memiliki putera raja yang cekap mencari duit. Setiap negeri bagi TMJ harus menjadi Johor dan bebas daripada bantuan kewangan melalui sumber politik termasuk Kerajaan Negeri.
Bantuan sumber politik termasuk Kerajaan Negeri dalam sukan, bagi TMJ adalah berunsur membeli undi dan akan mencemar kesucian bola sepak.
TMJ harus sedar, bola sepak belum boleh berdikari dengan persekitaran sekarang. Dana tajaan sukan di negara ini masih perlu dibagi-bagi kepada pelbagai jenis sukan. Ini menjadikan bola sepak sekali pun sukan nombor satu, masih perlu merebut kek tajaan dengan pelbagai sukan lain terutama yang sudah bertaraf podium Olimpik dan Asia.
TMJ agak keterlaluan dalam mencela sokongan kewangan dari sumber politik seolah-olah ia rasuah. Sejak sekian lama, sumber kerajaan negeri dan pusat banyak membantu pembangunan sukan bola sepak.
Apakah sebelum TMJ menjadi Penaung Persatuan Bola Sepak Johor, semua sumber bantuan kerajaan negeri kepada pasukan Harimau Selatan berbaur politik dan membeli undi?
TMJ nampak cemerlang dalam pengurusan sukan. Itu bukti lima tahun terakhir ini. Tetapi lima tahun tidak sepatutnya menjadikan seorang putera raja yang baharu turun ke padang hijau berasa sebegitu sombong!
Tunggulah detik matang dalam membuktikan kehebatan diri. Tiga gelaran Juara Liga Super dan satu piala Kelab Asia Gred Dua tidaklah catatan rekod yang agung pun.

Related Posts :
Kakitangan Awam Mesti Sokong Kerajaan MemerintahJOHOR BAHRU � Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menegaskan bahawa setia… Read More...
Bahaya! Jangan Amalkan Letak Hirisan Lemon Di Minuman, Lihat Apa SebabnyaHirisan lemon dalam minuman dan makanan semestinya menaikan lagi rasa sekaligus menyegarkan. Lebih -… Read More...
Bayi Berhenti Nafas Lepas Makan Ubat Selsema..Doktor DEDAH Punca Yg Ramai Ibubapa Tak Tahu !Selsema merupakan keadaan yang selalu dialami oleh kanak-kanak. Ini kerana pada ketika itu, kanak-ka… Read More...
BR1M Dikaji Semula Supaya Penyokong Pembangkang Tak Dapat..Umum sedia maklum Perdana Menteri, Dato� Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak masih memberi… Read More...
Salah Faham Antara Panadol dan Paracetamol Yang Ramai Orang Tidak Tahu (Mohon Kongsikan)*SALAH FAHAM TERHADAP PARACETAMOL 6*"Apa beza panadol yang dijual dalam pelbagai bentuk? Ada panadol… Read More...
0 Response to "SIAPA KATA ''Sombongnya Putera Raja Bergelar TMJ'' JOM TENGOK VIDEO INI TMJ TEMBAK SEDAS SAHAJA PUAK-PUAK INI"
Post a Comment