Lelaki Ini Kongsikan Cara Mudah Dan Jimat, Gunakan Bakul Pakaian Dan Beg Plastik Untuk Menyimpan Air

Lelaki Ini Kongsikan Cara Mudah Dan Jimat, Gunakan Bakul Pakaian Dan Beg Plastik Untuk Menyimpan Air

Saat yang ingin dielakkan bagi semua orang adalah apabila ketiadaan sumber air bersih dalam jangka masa yang panjang. Ia sememangnya akan mengganggu segala aktiviti harian, seperti dari segi penyediaan makanan atau minuman, membersihkan diri, serta pembersihan perkakas rumah yang lain.
Situasi inis ecara tidak langsung akan membuatkan anda untuk menyimpan air lebih awal setelah menerima notis, atau mengambil air dari lori air yang datang ke perumahan anda. Tapi, bagaimana pula jika ianya di saat akhir, dan anda langsung tiada bekas atau tong yang bersesuaian untuk menyimpan air?
Usah khuatir, kerana menerusi perkongsian dari saudara Zakir Husin, yang turut disiarkan Sinar Harian, saudara Zakir telah kongsikan satu idea unik yang mana, anda masih boleh menyimpan air walaupun ketiadaan tong yang sesuai, hanya dengan menggunakan bakul pakaian sahaja, macam mana untuk lakukannya, jom kita baca perkongsiannya.
Ingin Menyimpan Air tetapi Kekurangan Bekas Menyimpan Air, Mungkin Ini Boleh Membantu

Gunakan Bakul Pakaian dan Beg Plastik. Mudah dan Jimat

Idea ini bermula apabila, saudara Mohammed Zakir Husin Mohammed Zahid, menjadi seorang dari penduduk yang berebut-rebut untuk membeli bekas simpanan air, dan kerana kuantiti yang terhad, dia terpaksa mencari cara lain atas keperluan keluarga yang ramai.
Tulis Sinar Harian lagi, Mohammed Zakir teringat akan kenduri yang dihadirinya di mana plastik kanvas dan batu bata digunakan untuk menyimpan air bagi memudahkan kerja membasuh pinggan.
Dari idea tersebut, dia cuba mengaplikasikannya dengan bakul pakaian yang ada di rumah, dan gunakan plastik untuk mengisi air bagi kegunaan harian dan basuhan.
Dengan keluarga yang ramai, mempunya 10 orang anak, dan hanya 3 orang sahaja yang tinggal di asrama, dia berpendapat cara ini sangat berkesan kerana simpanan air mampu bertahan selama 3 hari dengan 6 bakul yang digunakan.
Bagi kegunaan memasak pula, Mohammed Zakir menggunakan bekas air yang bersesuaian, dan simpanan air yang menggunakan plastik diletakkan di dalam bilik air untuk kegunaan harian.
Berdasarkan pengalaman sebelum ini, di mana dia menghabiskan lebih seratus ringgit hanya semata-mata untuk membeli bekas air, idea seumpama ini sangat baik, kerana tidak menggunakan kos yang tinggi, dan hanya menggunakan bahan yang ada di rumah.
Bagi mereka yang mempunyai keluarga besar, mungkin cara ini boleh digunakan dikala waktu kecemasan.

Sumber: Sinar Harian, Zakir Husin

0 Response to "Lelaki Ini Kongsikan Cara Mudah Dan Jimat, Gunakan Bakul Pakaian Dan Beg Plastik Untuk Menyimpan Air"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close