Jangan Rancang, Kalau Rancang Mesti Tak Jadi, Lelaki Ini Kongsikan Pengalaman Bercuti Di Vietnam

Jangan Rancang, Kalau Rancang Mesti Tak Jadi, Lelaki Ini Kongsikan Pengalaman Bercuti Di Vietnam

Vietnam sememangnya sebuah negara yang pastinya berada dalam senarai tempat yang perlu dilawati, lebih-lebih lagi bagi kaki travel. Mereka akan pasti akan merancang untuk ke Vietnam, dan ada juga yang akan berkunjung ke sana lebih dari sekali.
Mana tidaknya, Vietnam sangat popular sebagai tempat membeli belah, jika admin ingin melebih sedikit, boleh dikatakan sebagai syurga membeli belah. Terdapat pelbagai barang di sana yang anda boleh beli, lebih-lebih lagi secara borong, untuk mendapatkan harga yang lebih murah.
Tapi, rugi jugalah kalau ke sana hanya fokus pada satu tujuan sahaja, untuk membeli-belah, ada juga beberapa tempat menarik yang boleh dilawati. Saudara Saifullah Nawi kongsikan serba sedikit, mengenai apa yang menarik di Vietnam, yang pasti membuatkan anda terus menempah tiket ingin ke sana juga. Jom kita tengok apa yang dikongsikan olehnya.
Format: Merapu Tapi Membantu

Sorry tak sempat buat itinerary untuk rakan BBM, cuma nak share pengalaman semasa bercuti di Vietnam 
Kali ni aku pergi dengan rakan office.
Sebenarnya tak ada dalam tentatif tahunan pun nak pergi Vietnam. Tiket ni adalah Refund Tiket dari AirAsia sebab Flight Ke Lombok Cancel. Airport sana tutup akibat ada gegaran dan letusan kecil gunung kat sana.
So Tiket dia RM349 Return (Selalu beruntung sebab dapat murah) haha
Satu yang best tentang group travel aku adalah "Jangan Rancang! Kalau rancang mesti X jadi! Jgn Ambil Agen kalu X mesti X hardcore!" Haha betul tak Ahli BBM?
So semua aktiviti kami urus sendiri,
Ho Chi Minh City Merupakan Bandar yang seronok utk dikunjungi. Tambah-tambah yang gila shopping memang akan melekat lama la dekat kedai. (termasuk aku la- beli tudung dan kain pasang untuk berniaga)
Hotel

Ambil Backpakers Dorm (Antham 3 hotel) Murah gila RM25x5malam untuk seorang. Berdekatan dengan Dataran/ Taman Kota. Kalau guna booking.com mesti jumpa. Satu bilik Ada 3 katil single dan 1 katil double. Bilik Air Bersih. Siap Ada tab mandi. Pagi-pagi tu sarapan sempoi gila la dengan rakan-rakan backpack yang lain,dari serata dunia la. Duk nyembang sana sini pergi. Sarapan tu pandai-pandai la kau masak sendiri. Dia bagi Telur+Roti+3 in 1 coffee. Mudah, tak perlu nak makan pelik-pelik.
Pengangkutan πŸš–πŸš˜
Kat sana ada banyak teksi taip waspadalah sebab akan dipau kalau salah naik. Makes ure pilih yang berdaftar, VINASUN Teksi warna putih dan MALINH yang warna hijau
Makanan πŸ²πŸœπŸΉ
Susah jugak nak makan halal sini kecuali ada dekat Ben Thanh Market tu. Ada la satu street makanan islam. Dengan orang-orang dapat cakap melayu kat sana.
Makanan dia X la Beza sangat dengan kita cuma yg beza harga je,haha. Satu plate RM15-25.00. Air segelas RM8.00-12.00
Contoh aku order maggi goreng + air n nescafe ais semua tu harga dia RM28.00. Semua kedai harga macam tu. Sebab yang halal dekat district ni je yg Ada. Nak x nak aku makan kat sini la.
Satu yang best dekat sana adalah kopi vietnam sekali minum terus naik kelangit.. "manis nenting" and kaw dia memang betul-betul dasyat
Cuma masa aku pergi dekat Cu Chi Tunnels tu hebat sikit la makanan dia. Sebab area sana X da restaurant halal, so berhenti satu bas kat restaurant yang sama maka nya macam-macam menΓΉ Ada, ULAR SAWA MASAK KICAP pun Ada.... eh.. x hebat lagi tu... SUP BUAYA pun Ada haha... masa tu seriusly aku lapar. Semeja dengan mat Salleh. Tahan la aku tgok dia makan.. aku order coke dalam tin. N makan roti n sardin bekal dalam beg galas aku. Sambil mata berair rindu makanan halal..hahah
Shopping πŸ’ΈπŸ’°πŸ’³
Kalau nak berniaga sangatlah sesuai especially yang baru nak mula berniaga. apa yang murah kat sini:

-telekong solat
-tudung yg betul2 terkini yg nealofar tu berlambak kat sana.
-kain pasang
-blazer (beli kain upah Jahit ukuran sendiri)
-beg deuter
-dan banyak lagi
-actually duit aku berniaga untung memang cover sepenuhnya tiket flight and hotel.

0 Response to "Jangan Rancang, Kalau Rancang Mesti Tak Jadi, Lelaki Ini Kongsikan Pengalaman Bercuti Di Vietnam"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close