Ronaldo Tampil Bantu Mangsa Aleppo, Sampaikan Pesanan Menerusi Satu Video Ringkas

(Video) Ronaldo Tampil Bantu Mangsa Aleppo, Sampaikan Pesanan Menerusi Satu Video Ringkas
London - Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo tampil memberi sumbangan kepada mangsa peperangan di Aleppo.
Sumbangan yang diberikan oleh pemain Portugal itu akan diberikan dalam bentuk makanan, pakaian dan ubat-ubatan kepada keluarga di Aleppo, kata Save the Children pada Jumaat.
"Ini adalah untuk anak-anak di Syria", kata Ronaldo dalam satu video yang dimuat naik di akaun sosial medianya semalam.
"Kami tahun kamu semua telah menderita selama ini. Saya mungkin pemain yang terkenal, tapi kamu adalah hero sebenar. Jangan hilang harapan. Dunia bersama kamu. Kami ambil berat terhadap kamu. Saya bersama kamu.
Pengarah Save the Children, Nick Finney dalam satu kenyataan berterima kasih atas sumbangan pemain terbaik dunia itu.
"Sumbangan Ronaldo akan bantu kami untuk membantu kanak-kanak dari Aleppo dan di Syria yang mengalami penderitaan yang tidak sepatutnya ditempuh oleh kanak-kanak
"Ronaldo bukan sahaja ikon sukan berpengaruh, tetapi turut menjadi harapan kepada berjuta-juta kanak-kanak di seluruh dunia - dan harapan adalah apa yang kanak-kanak di Syria perlukan sekarang",katanya.

0 Response to "Ronaldo Tampil Bantu Mangsa Aleppo, Sampaikan Pesanan Menerusi Satu Video Ringkas"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close