'Saya Selesa Berperut Buncit' -Ini Komen Izara Aishah buat Followernya sentap

'Saya Selesa Berperut Buncit' - Izara Aishah
Usikan nakal netizen pada Izara Aishah akan perut buncitnya itu, tidak menyebabkan beliau melatah seperti sesetengah artis yang lain yang terus menyekat followers yang mengajukan pertanyaan nakal seperti itu. 
Bagi Izara, beliau lebih selesa dengan keadaan dirinya yang sebenar. Selain tenang berdepan dengan karenah segelintir peminat di media sosial. 
Pelakon berusia 23 tahun itu baru-baru ini disapa dengan pertanyaan nakal di laman Twitter, apakah beliau mengandung hanya kerana perutnya kelihatan sedikit menonjol ketika menghadiri sebuah majlis. 
Respon yang selamba dan tenang dari Izara terhadap tweet individu itu mencetuskan reaksi positif netizen yang memujinya tidak mudah melenting. 
"Saya tidak kisah dengan apa saja komen negatif yang dilemparkan. Terus terang saya tidak terguris hati dengan soalan itu. Mana mungkin saya mengandung kerana saya sendiri belum berkahwin lagi. Oleh itu, dengan jujur saya memberi jawapan yang perut saya buncit.
"Saya selesa dengan bentuk tubuh saya. Sama ada gemuk atau kurus, itu terpulang kepada kehendak sendiri," katanya yang dipetik dari Berita Harian Online. 
Jelasnya lagi, beliau tidak mudah terkesan dengan komen-komen negatif yang dilemparkan terhadapnya kerana beliau memilih untuk tidak membaca komen yang ditinggalkan di akaun Instagram dan Twitternya. 
"Sejak dari dulu lagi saya jarang baca komen di Instagram dan kebanyakan gambar yang dimuat naik adalah atas dasar kerja. 
"Kritikan yang membina, saya ambil untuk dijadikan sebagai rujukan dan nasihat. Namun bila ada yang menegur penampilan saya agak seksi dan setelah difikirkan kembali, ada benarnya komen itu, maka saya ambil sebagai nasihat," katanya

0 Response to "'Saya Selesa Berperut Buncit' -Ini Komen Izara Aishah buat Followernya sentap"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close