12 Cara Menurut Islam Dalam Jadikan Diri Anda Sebagai Inspirasi Buat Anak-Anak Untuk Bersopan Santun.. Jangan Abaikan Tips Ini Untuk Generasi Yang Cemerlang

12 Cara Menurut Islam Dalam Jadikan Diri Anda Sebagai Inspirasi Buat Anak-Anak Untuk Bersopan Santun
Mendidik anak-anak untuk sentiasa mempunyai perilaku yang baik sudah menjadi tanggungjawab buat ibu dan bapa. Ini bagi memastikan anak-anak sentiasa memahami, dan boleh menghormati orang sekeliling, tidak kira, rakan sebaya mereka, mahu pun meraka yang lebih dewasa.
Tidak dapat dinafikan, terdapat pelbagai cara dalam mendidik anak-anak, dan berbeza juga bagi setiap ibu dan bapa, mungkin mengikut cara yang tersendiri, bersesuaian dengan tingkah laku anak-anak. Namun, anak-anak bukan sahaja belajar atau mengikut dengan apa yang disuruh, tetapi, mereka lebih mudah untuk mengikut, iaitu apa yang dilakukan atau dipercakapkan oleh ibu dan bapa.
Bagimanakah caranya untuk mendidik anak-anak, supaya mereka terinspirasi dengan cara ibu dan bapa? Dr Hesham Al-Awadi kongsikan 12 cara mudah, yang boleh diikuti, ianya adalah berdasarkan rutin harian sewaktu bersama dengan anak-anak. Jom kita lihat apa cara terbaik yang boleh kita ikuti.
Bagaimana Untuk Memberi Inspirasi Kepada Anak-Anak Supaya Beradab Sopan?

1. Apabila memasuki rumah, beri salam kepada anak-anak dan cium mereka. Ini akan membantu untuk merangsang rasa sayang dan belas kasihan dalam diri mereka.

2. Menjadi insan yang baik kepada jiran anda, dan jangan pernah mengata / mengumpat mereka. Jangan pernah sesekali mengatakan kata-kata kesat kepada pemandu lain.Anak-anak mendengar, menghadam, dan mula untuk mengikut.
3. Apabila anda menelefon ibu bapa anda, galakkan anak-anak untuk bercakap dengan mereka juga. Dan apabila anda pergi ke rumah ibu dan bapa anda, bawa sekali anak-anak anda. Lebih banyak mereka melihat cara anda melayan dan menjaga ibu bapa anda, lebih banyak juga mereka belajar untuk menyayangi anda.
4. Apabila anda menghantar mereka ke sesuatu tempat, seperti ke sekolah, jangan hanya memasang radio atau memainkan CD. Sebaliknya, ceritalkan kepada mereka mengenai kisah hidup anda, percayalah, ini akan memberikan kesan yang lebih baik buat mereka.
5. Setiap hari, bacakan kepada mereka Hadis ringkas, ianya tidak memakan masa yang panjang, tetapi akan memberikan kesan yang mendalam, dalam mengeratkan hubungan dan kenangan indah.
6. Menyikat rambut anda, menggosok gigi, dan juga memakai pakaian yang cantik, walau anda berada di rumah, dan tidak keluar ke mana-mana. Mereka harus tahu bahawa, menjadi seorang yang kemas dan bersih, tiada kena mengena dengan keluar rumah sahaja.
7. Cuba untuk tidak menyalahkan atau memberi komen, dalam penggunaan perkataan atau tindakan, yang mereka kata atau lakukan. Sesekali, cuba untuk abaikan dan biarkan. Ini akan membina keyakinan diri mereka.
8. Minta izin kepada anak-anak terlebih dahulu sebelum masuk ke bilik mereka. Jangan hanya mengetuk pintu, dan terus masuk, tetapi kemudian, baru menunggu kebenaran dari mereka. Meraka akan mengikut tindakan anda, bila memasuki bilik anda kelak.
9. Meminta maaf kepada anak-anak jika anda ada melakukan kesilapan. Dengan menyatakan maaf, ia mengajar mereka untuk rendah diri dan bersopan santun.
10. Jangan menyinidr atau membuat lawak mengenai pandangan atau perasaan mereka, walaupun anda ‘tidak bermaksud sedemikian’ dan ‘hanya ingin bergurau’. Ianya memberi kesan buat mereka.
11. Tunjukkan rasa hormat kepada ruang privasi anak-anak anda. Ia penting untuk rasa harga diri mereka.
12. Jangan berharap mereka akan mendengar atau faham buat kali pertama. Jangan ambil hati dengannya, Nabi Muhammad SAW juga, tidak berbuat demikian, tetapi tetap bersabar dan terus konsisten.
Terdapat pelbagai cara yang anda boleh jadikan diri anda, sebagai contoh buat anak-anak, sama ada melalui percakapan, tingkah laku, mahu pun tindakan anda. Ianya secara tidak langsung akan membuatkan anak-anak bertindak dan mencontohi anda. Cuba untuk jadi yang terbaik buat mereka. Jom didik anak-anak dengan cara yang betul. – Siakap Keli

0 Response to "12 Cara Menurut Islam Dalam Jadikan Diri Anda Sebagai Inspirasi Buat Anak-Anak Untuk Bersopan Santun.. Jangan Abaikan Tips Ini Untuk Generasi Yang Cemerlang"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close