Salah Faham Antara Panadol dan Paracetamol Yang Ramai Orang Tidak Tahu (Mohon Kongsikan)


*SALAH FAHAM TERHADAP PARACETAMOL 6*

"Apa beza panadol yang dijual dalam pelbagai bentuk? Ada panadol actifast, ada panadol mestrual dan sebagainya.

?? *Panadol* dibuat oleh syarikat farmaseutikal GSK mempunyai beberapa bentuk.
?? *PANADOL REGULAR* mengandungi Paracetamol *500*mg yang boleh diambil oleh orang dewasa setiap 4-6 jam, sama ada sebiji atau dua biji setiap kali pengambilan.

?? *PANADOL EXTEND* mengandungi Paracetamol *665*mg, dan boleh bertahan sehingga 8 jam. Oleh itu diambil sebiji setiap 8 jam.

?? *PANADOL EXTRA* mengandungi *500*mg paracetamol dan *65*mg cafeine, untuk sakit yang lebih kuat dan tidak menyebabkan ketidak selesaan perut.

?? *PANADOL ACTIFAST* mengandungi Paracetamol *500*mg dan *173*mg Sodiumuntuk tindakan yang 2 kali ganda lebih cepat. Oleh kerana mengandungi Sodium, pesakit darah tinggi dan jantung yang dinasihatkan untuk mengambil sodium yang rendah dalam pemakanan agar berhati-hati.

?? *PANADOL MENSTRUAL* mengandungi paracetamool *500*mg dan Pamabrom *25*mg. Pamabrom bertujuan untuk mengurangkan kembung perut ketika haid.

?? *PANADOL SOLUBLE* mengandungi paracetamol *500*mg dan sodium *427*mg, Ia mudah larut dalam air. Kandungan sodium dalam ubat ini agak tinggi, pesakit darah tinggi dan jantung yang dinasihatkan untuk mengambil sodium yang rendah dalam pemakanan agar berhati-hati.

_Oleh kerana PANADOL dijual dalam pelbagai bentuk penyediaan, pesakit harus berbincang dengan doktor atau pegawai farmasi, walaupun ia boleh dibeli tanpa preskripsi._
Saya tidak bertujuan menggalakkan atau menghalang penggunaannya tetapi menasihati agar menggunakannya secara berhati-hati.

*Dr Zubaidi b Hj Ahmad*

0 Response to " Salah Faham Antara Panadol dan Paracetamol Yang Ramai Orang Tidak Tahu (Mohon Kongsikan)"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close