Gurauan 2 Beradik Hampir Kehilangan Nyawa, Perkongsian Ibu Ini Patut Anda Baca !

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan mengalami sesak nafas yang mengakibatkannya menjadi sawan tarik, akibat ditindih oleh adiknya.Ibunya, Nor Farra Farihan, berkata, sebelum kejadian itu kedua-dua anaknya bermain dan bergurau sehinggalah si adik menindih kepala kakaknya.


"Petang hari kejadian, si adik bergurau dengan kakaknya dan duduk di atas kepala kakak. Oleh kerana saiz si adik yang bambam, si kakak tidak dapat menolak adiknya untuk melepaskan diri. Bila tengok anak dah pucat, dia mengadu sakit perut. Rupanya dia sakit dada dan sesak nafas. Masa itu dia belum beritahu hal yang sebenar," ceritanya dalam status yang dimuat naik di laman Facebook.

Menurut Nor Farra, keadaan anaknya berlarutan seperti itu agak lama sehinggalah pada jam 1 pagi, anaknya tak sedarkan diri. "Jantung dia kuat berbunyi, bergegar habis seluruh badan. Bunyi macam lembu kena sembelih. Tiba-tiba dia menjadi keras (sawan tarik) dan denyutan jantung pun macam berhenti sekejap. Matanya terbeliak ke atas.

"Perasaan saya pada ketika itu hanya Allah swt saja yang tahu. Ingatkan dia dah tak ada, saya goncang badan dia dan tepuk-tepuk, barulah bergerak semula dan mulutnya mengeluarkan buih," katanya.Difahamkan, berikutan kejadian itu, Nor Farra membawa anaknya mendapatkan rawatan di hospital.

Pemeriksaan doktor mendapati, mangsa kekurangan oksigen dan oksigen tidak sampai ke bahagian otak menyebabkan kesesakkan nafas lalu mengakibatkan sawan tarik."Doktor beritahu, kalau oksigen tidak cukup boleh membuatkan anak menjadi koma," katanya.

Ibu bapa dinasihatkan kerap memantau anak kecil masing-masing meskipun mereka sedang bergurau sesama adik beradik bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku. - The Reporter

0 Response to "Gurauan 2 Beradik Hampir Kehilangan Nyawa, Perkongsian Ibu Ini Patut Anda Baca !"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close