Umum sedia maklum Perdana Menteri, Dato� Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak masih memberikan bantuan kepada rakyat berupa wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia(BR1M).
Dalam bajet 2017 yang baru-baru ini dibentangkan di Parlimen Perdana Menteri ada menyebut tentang pemberian wang BR1M untuk tahun 2017. Malah, kadar wang BR1M juga dinaikkan dari sebelum ini.
BR1M adalah hak rakyat Malaysi yang layak tidak kira latar belakang politiknya. Tetapi, sebelum ini ada perwakilan UMNO menyatakan bawaha pemberian BR1M perlu dikaji semula sepaya penyokong pembangkang tidak dapat.
Semakin hari, keadaan politik di Malaysia semakin menampakkan belangnya. Kali ini, kenyataan Shafei Abdullah, perwakilan UMNO Wilayah Persekutuan menggesa Putrajaya mengkaji semula pelaksanaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) supaya ia tidak diberikan penyokong pembangkang Pakatan Rakyat (PR) yang turut menerimanya.
Kami memang langsung tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Inilah sebenarnya corak pemikiran politik yang perlu dielakkan. Tak perlu kami nak ulang banyak kali. Duit cukai rakyat bukan duit UMNO, PKR ataupun PAS dan DAP!
Hak rakyat, semua rakyat berhak dapat. Tidak kira apa fahaman politik mereka sekalipun. Tapi, bila ada kenyataan-kenyataan begini, kami rasa sangat kecewa. Adakah ini menjadi kebiasaan kepada satu-satu parti pemerintah memikirkan duit hasil dari cukai dan pendapatan negara adalah milik parti pemerintah?
Pemerintah dipilih untuk menguruskan pebelanjaan, pentadbiran dan juga kebajikan rakyat. Itu sebenarnya fungsi sesebuah kerajaan yang dipilih secara demokrasi.
Anda sebagai rakyat Malaysia, bersetujukah dengan pendapat perwakilan UMNO di atas?
P/s: Cadangan penulis GST sepatutnya dikenakan kepada penyokong BN sahaja barulah adil dan saksama.
Kredit: edisiviral.com
0 Response to "BR1M Dikaji Semula Supaya Penyokong Pembangkang Tak Dapat.."
Post a Comment