Sultan Melaka Akhirnya Ditahan Polis, Anda Pasti TERKEJUT Bila Tahu Sebab Dia Ditahan !



MELAKA � Noor Jan Tuah mengaku tidak bersalah atas empat tuduhan berasingan menipu empat lelaki dengan menyamar sebagai Sultan Melaka ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini.

Mengikut pertuduhan, Nor Jan, 59, didakwa sengaja menipu Zaamat Md Idris, Mokhtar Md. Yusof, Ahmad Zainuddin Abdul Hamid dan Hazizi Ikhwan Zaamat.

Tertuduh dengan jalan samaran didakwa mengadakan istiadat penyerahan surat pelantikan dirinya sebagai Sultan Melaka walhal itu bukan identiti sebenar dirinya.

Bagi kesalahan itu, Noor Jan dituduh mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kesalahan tersebut dilakukan oleh tertuduh pada majlis istiadat di A�Famosa Resort Melaka, jam 10 malam, 28 Disember 2013.

Tertuduh yang memakai sut biru gelap dan berkemeja oren mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan dibacakan di depan Hakim Ahmad Sazali Omar.

Timbalan Pendakwa Raya memohon mahkamah menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan kerana menganggap kesalahan dilakukan tertuduh sebagai serius.

Namun, peguam bela tertuduh, Surjan Singh Sidhu memohon mahkamah mengurangkan jaminan kepada RM3,000 dengan alasan anak guamnya memberikan kerjasama bermula daripada awal siasatan kes dilakukan polis.

Ahmad Sazali kemudian menetapkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan 21 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes. � MyMetro

0 Response to "Sultan Melaka Akhirnya Ditahan Polis, Anda Pasti TERKEJUT Bila Tahu Sebab Dia Ditahan !"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close